Kiwano KO1- Skuter Satu Roda Elektrik Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Kiwano KO1- Skuter Satu Roda Elektrik Yang Boleh Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mei 29, 2017 oleh .

Trend tahun lalu ialah memiliki papan apung berkuasa elektrik. Kegilaan memilikinya mati secara mengejut selepas beberapa kejadian papan apung yang meletup secara rawak kerana menggunakan bateri tidak berkualiti. Apabila berjalan di kawasan perumahan, kami tidak lagi dapat melihat anak muda menggunakan papan apung.

Kiwano K01 cuba mengisi kekosongan ini. Ia adalah sebuah skuter satu roda berkuasa elektrik yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar. Dengan hanya satu roda, ia lebih kompak berbanding sebuah papan apung. Pengguna lebih mudah menyelit apabila menggunakannya di atas kaki lima. Roda yang digunakan agak besar bagi membolehkannya bergerak di atas pelbagai permukaan termasuklah di pantai.Selain daripada itu ia diperbuat menggunakan gentian karbon dan aloi zink bagi mengurangkan berat.

Ia dikawal dengan menggerakkan tubuh ke hadapan, belakang, kiri atau kanan. Kerana ia kelihatan seperti sebuah kayu Pogo, pengguna boleh melompat menggunakan Kiwano apabila menemui lopak atau halangan di atas permukaan jalan. Kiwano K01 dijual pada harga $799 (~RM 3414) bermula Julai ini.


TIPS & ULASAN