Asus ZenBook Pro Hadir Dengan Skrin 4K, GTX 1050 Ti, Dan Bateri Sehingga 14 Jam

Asus ZenBook Pro Hadir Dengan Skrin 4K, GTX 1050 Ti, Dan Bateri Sehingga 14 Jam

Diterbitkan pada Mei 29, 2017 oleh .

Asus sebelum ini sedia menawarkan ZenBook Pro, dan pada acara Computex 2017 hari ini, pengeluar komputer berkenaan turut mengumumkan kemaskini dan penaik-tarafan kepada komputer riba Asus ZenBook Pro ini. Asus ZenBook Pro UX550 hadir dengan skrin 15.6-inci, dan menggunakan panel pada paparan 4K.

Asus ZenBook Pro

Asus ZenBook Pro

Ditujukan kepada pengguna yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi, Asus ZenBook Pro ini hadir dengan cip Intel Core i5 atau i7, dan dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GTX 1050 Ti. Komputer riba ini turut menyertakan memori sehingga 16GB DDR4, serta storan sehingga 1TB SSD. Dari segi rekaan, kini ia sedikit nipis, dan bingkai skrin juga sedikit kecil berbanding dengan sebelum ini.

Disamping itu, Asus kini memilih untuk menyertakan lebih port USB-C, termasuk sokongan Thunderbolt 3. Ciri lain yang turut disertakan adalah termasuk pengimbas cap jari, serta sokongan audio Harman/Kardon.

Asus ZenBook Pro ini akan ditawarkan pada harga $1299 (~RM5545). Ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN