Asus ZenBook 3 Deluxe Hadir Dengan Rekaan Premium

Asus ZenBook 3 Deluxe Hadir Dengan Rekaan Premium

Diterbitkan pada Mei 29, 2017 oleh .

Asus mempunyai beberapa penawaran dibawah ZenBook 3, dan diumumkan hari ini pada Computex 2017 adalah komputer riba Asus ZenBook 3 Deluxe. Dengan nama “Deluxe”, Asus memfokuskan kepada penawaran komputer riba berspesifikasi tinggi dan pada masa yang sama membawakan rekaan premium.

Asus ZenBook 3 Deluxe hadir dengan skrin 14-inci, tetapi melalui penggunaan rekaan bingkai nipis dinamakan “NanoEdge”, ia membawakan saiz komputer riba seumpama komputer riba berskrin 13-inci di pasaran.

Asus ZenBook 3 Deluxe

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah cip pemprosesan Intel Core i7-7500U, memori sehingga 16GB RAM LPDDr3, dan storan sehingga 1TB PCIe SSD.

Asus menggunakan sambungan USB-C dengan sokongan Ligthning padanya, selain turut dilengkapi dengan pengimbas cap hari untuk memudahkan anda log masuk ke Windows melalui ciri Windows Hello.

Asus turut menggunakan kaca Gorilla Glass 5 pada skrin komputer riba ini, dan mengatakan ia merupakan komputer riba pertama di dunia dengan skrin seumpamanya.

Melengkapkan rekaan komputer riba ini adalah kerangka logam yang turut dilengkapi dengan jalur berwarna emas di bahagian tepinya.

Asus ZenBook3 Deluxe ini akan dipasarkan pada harga $1199 (~RM5126), dan dijangka menjadi antara komputer riba terawal yang diumumkan hari ini oleh Asus yang memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN