Tukarkan Peranti Lama Anda Dan Dapatkan Diskaun RM 100 Untuk vivo V5, V5 Plus & Y66

Tukarkan Peranti Lama Anda Dan Dapatkan Diskaun RM 100 Untuk vivo V5, V5 Plus & Y66

Diterbitkan pada June 1, 2017 oleh .

Pada awal minggu ini pihak vivo Malaysia telahpun mengumumkan kesediaan variasi warna baru untuk vivo V5 Plus. Melengkapkan penawaran mereka disamping warna emas dan Rose Gold, vivo V5 Plus kini tersedia dalam kemasan Matte Black yang menyerlahkan sifat elegan peranti tersebut.

vivo V5 Plus merupakan peranti dengan fokus terhadap fungsi selfie, dimana kamera hadapannya mempunyai dwi sensor. Sensor 20MP IMX376 yang menghasilkan gambar yang cantik manakala kamera kedua 8MP merakamkan maklumat depth-of-field yang menghasilkan kesan Selfie yang cantik. Fungsi selfie ini dikuatkan dengan lampu pencahayaan lembut iaitu Selfie Softlight. Selain dari itu ia turut mengetengahkan RAM sebesar 4GB, dengan storan 64GB dan bateri berkapasiti 3160 mAh.

Bagi memudahkan anda memiliki peranti ini, vivo Malaysia kini menawarkan program tukar ganti dengan peranti lama. Untuk tempoh terhad dari 1 Jun sehingga 31 Jun 2017, anda boleh mendapatkan rebat RM 100 untuk peranti lama yang tidak digunakan anda, sekalipun peranti telefon tersebut bukan tergolong dalam kategori telefon pintar. Selagi mana peranti tersebut boleh beroperasi, anda boleh mendapatkan rebat RM 100 yang boleh digunakan untuk membeli vivo V5 Plus, vivo V5 atau vivo Y66.

Menerusi promosi tersebut, anda boleh memiliki vivo V5 Plus edisi Matte Black pada harga RM 1,599, manakala vivo Y66 pada harga RM 999. Bagi anda yang tidak mempunyai peranti lama untuk ditukarkan, anda juga boleh memilih untuk memiliki peranti vivo menerusi tawaran khusus mereka bersama-sama Maxis dan juga Digi.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia

 


TIPS & ULASAN