Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan Nokia 3, Nokia 5, dan juga Nokia 6, pihak HMD Global turut mengumumkan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, iaitu Nokia 3310 (2017).

Nokia 3310

Nokia 3310 adalah sebuah telefon mudah-alih biasa, yang hadir dengan sokongan skrin berwarna. Ia membawakan rekaan seumpama Nokia 3310, dan dilengkapi skrin bersaiz 2.4-inci. Melengkapkan telefon ini adalah storan 16MB dengan sokogan kad mikro-SD, dan kamera belakang 2-megapixel. Nokia 3310 ini hanya hadir dengan sokongan rangkaian 2G sahaja.

Nokia 3310

Nokia 3310

Pengguna turut boleh mendapatkan kandungan dan beberapa aplikasi melalui Opera Store yang hadir terbina pada telefon pintar ini. Sokongan WhatsApp tidak tersedia untuknya.

Di Malaysia, Nokia 3310 ini dijual pada harga RM239 bermula minggu pertama Jun 2017 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd