Cari @ Amanz

Peranti Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3 akhirnya tiba di pasaran Malaysia. Ia hanya akan mula dijual bermula pertengahan bulan hadapan. Di Majlis pelancarannya sebentar tadi pihak Nokia mengesahkan peranti-peranti ini akan menerima sokongan kemaskini perisian sehingga 24 bulan.

Ini adalah dalam bentuk kemaskini keselamatan dan versi perisian. Dengan menggunakan Android Stock, pastinya pihak Nokia tidak akan mempunyai kesukaran untuk memberikan kemaskini dengan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd