Kerajaan Ingin Memeriksa Dan Menapis Pemandu Sebelum Dibenar Membawa Grab Atau Uber

Kerajaan Ingin Memeriksa Dan Menapis Pemandu Sebelum Dibenar Membawa Grab Atau Uber

Diterbitkan pada Mei 30, 2017 oleh .

Pada hari ini, setiap pemandu Grab dan Uber melalui penapisan dan pemeriksaan tersendiri, masing-masing oleh pihak Grab dan Uber, sebelum mereka ditambah dalam perkhidmatan tempahan pemanduan berkenaan. Walaubagaimanapun, kini kerajaan sedang melihat untuk mengubah proses berkenaan, dan memerlukan mereka untuk melalui agensi kerajaan seperti JPJ atau polis.

Langkah ini dijangka akan diambil kerajaan memandangkan sebilangan kes-kes baru yang dilaporkan, termasuk baru-baru ini sebuah kes rompakan ketika penumpang menggunakan Uber.

Melalui perubahan ini kelak, Grab dan Uber akan diminta untuk memberikan pangkalan data pemandu kepada SPAD, dan seterusnya latar pemandu akan disemak bersama pihak polis dan JPJ sebelum diberikan kebenaran memandu dibawah perkhidmatan seumpama Grab atau Uber.

Perubahan ini dijangka diperkenalkan bersama-sama akta baru yang masih dalam proses pembentangan. Buat masa ini, Uber dan Grab membuat penapisan tersendiri – dan ada yang memerlukan pemandu hadir untuk latihan dan ujian.


TIPS & ULASAN