Ujian Cip Intel Core Gen-8 Memperlihatkan Peningkatan 30% Berbanding Sebelumnya

Ujian Cip Intel Core Gen-8 Memperlihatkan Peningkatan 30% Berbanding Sebelumnya

Diterbitkan pada Mei 30, 2017 oleh .

Bersama-sama pengumuman berkaitan Core X, pihak Intel turut mengambil peluang untuk berkongsi perkembangan mengenai cip Intel Core generasi seterusnya, iaitu generasi ke-8.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan dan ujian. Malah, Intel sendiri tidak menyatakan sebarang tarikh berkenaan bilakah ia bakal dilancarkan.

Walaubagaimanapun, menurut Intel, mereka melihat kepada peningkatan prestasi lebih 30% berbanding dengan cip Intel Core gen-7 sebelum ini. Perkara ini semestinya menarik minat ramai, apatah lagi memandangkan desas-desus sebelum ini mengatakan peningkatan hanya sekitar 15% sahaja.

Intel masih tidak berkongsi perkara lanjut mengenai cip berkenaan, tetapi kita juga mungkin akan melihat penggunaan tenaga yang lebih efisyen melalui cip ini kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai cip Intel Core gen-8 yang turut dikenali dengan nama kod Coffee Lake ini.


TIPS & ULASAN