Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan Dengan Stylus S-Pen Terbina

Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan Dengan Stylus S-Pen Terbina

Diterbitkan pada Mei 31, 2017 oleh .

Sokongan stylus pada komputer riba Windows bukanlah perkara baru. Hanya sejak kebelakangan ini sokongannya lebih serius dari Microsoft dengan pengenalan Windows Ink. Penggunaan stylus memudahkan lagi proses melakar jika dibandingkan dengan menggunakan tetikus. Komputer riba dua dalam satu Samsung Notebook 9 Pro baru sahaja dilancarkan dengan stylus S-Pen terbina.

Ia dilengkapi skrin 13.3 dan 15 inci HD penuh, diperkasakan pemproses Intel Core i7-7500U. memori sehingga 16B RAM dan storan SSD 256 GB. Model dengan skrin 15″ turut hadir dengan kad grafik AMD Radeon 540 2GB DDR5 RAM. Stylus S-Pen tersimpan rapi pada bahagian bawah komputer seperti pada peranti Galaxy Note.

Engsel pada Notebook 9 Pro boleh diputar 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. Terdapat sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C untuk bateri sebesar 54 Wh serta sistem Windows Hello. Pilihan I/O yang diberikan pula ialah dua USB 3.0, satu USB-C, satu HDMI dan pembaca kad MikroSD. Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan buat masa ini.


TIPS & ULASAN