Amerika Syarikat Mungkin Mengembangkan Skop Larangan Membawa Komputer Riba Dalam Pesawat

Amerika Syarikat Mungkin Mengembangkan Skop Larangan Membawa Komputer Riba Dalam Pesawat

Diterbitkan pada Mei 31, 2017 oleh .

Ancaman keganasan memaksa pelbagai peraturan baru diperkenalkan kepada penumpang pesawat. Pada Mac yang lalu penumpang yang ingin terbang ke Amerika Syarikat dari beberapa negara majoriti beragama Islam dilarang dari membawa masuk peralatan elektronik tertentu ke dalam pesawat. Selepas serangan di Manchester, skop larangan ini mungkin akan dikembangkan menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DHO).

Kini terdapat perancangan untuk menghalang peralatan elektronik tertentu di dalam kesemua penerbangan masuk dan keluar dari Amerika Syarikat. Ia dipertimbangkan kerana pihak DHO menerima maklumat masih terdapat perancangan dari pengganas untuk meletupkan bom yang disorokkan di dalam peralatan elektronik. Pihak DHO tidak teragak-agak melaksanakan larangan elektronik menyeluruh ini sekiranya menerima maklumat risikan dan ancaman serangan yang kukuh.

Pada waktu yang sama larangan peralatan elektronik ini mendatangkan masalah keselamatan yang baru. Bateri dari peranti elektronik yang disimpan di satu tempat di dalam pesawat kini terdedah kepada bahaya kebakaran.


TIPS & ULASAN