The Sims Dan Mass Effect Antara Permainan Yang Diharamkan Di Uzbekistan Kerana Mengancam Kestabilan Sosial

The Sims Dan Mass Effect Antara Permainan Yang Diharamkan Di Uzbekistan Kerana Mengancam Kestabilan Sosial

Diterbitkan pada Mei 31, 2017 oleh .

Permainan video bagi kami ialah pintu kepada dunia fantasi yang membolehkan kami santai pada hujung minggu. Permainan RPG membolehkan kami menjadi pahlawan yang menentang kekejaman dan kebatilan duniawi. Tetapi pihak berkuasa di Uzbekistan tidak mempunyai pendapat yang sama dan mengharamkan 38 permainan video yang dikatakan mengancam kestabilan sosial dan politik.

Antara yang diharamkan ialah The Sims 3, The Sims 4, Assassin’s Creed Brotherhood, Mass Effect, Silent Hill dan Resident Evil 4. Kesemua permainan di atas seperti kita sedia maklum sudah berada di pasaran bertahun lamanya. Tindakan pengharaman ini mendapat reaksi negatif dari golongan pemain video di Uzbekistan tetapi mereka perlu menerimanya dengan hati tertutup. Uzbekistan ialah antara negara yang mempunyai kerajaan autokratik yang menghalang rakyatnya dari berbincang isu semasa secara terbuka.


TIPS & ULASAN