Microsoft Dilaporkan Sedang Menguji Variasi Windows Mobile Baru Pada Sebuah Peranti Baru

Microsoft Dilaporkan Sedang Menguji Variasi Windows Mobile Baru Pada Sebuah Peranti Baru

Diterbitkan pada Mei 31, 2017 oleh .

Microsoft boleh dikatakan agak senyap mengenai Windows Phone dan Windows 10 Mobile sejak akhir-akhir ini, apatah lagi dengan kuantiti peranti yang menerima kemaskini baru semakin kecil. Selain daripada itu, pegangan pasaran Microsoft pada arena platform peranti mudah-alih juga boleh dikatakan sangat-sangat kecil, membuatkan ramai pembangun tidak ingin membangunkan aplikasi untuknya.

Walaubagaimanapun, gergasi perkomputeran berkenaan nampaknya masih tidak berputus asa dalam arena yang kini majoritinya dipegang oleh Android.

Menurut sumber Thurott, ia dikatakan Microsoft sedang menguji sebuah peranti baru secara dalaman, dan menariknya ia menggunakan variasi Windows Mobile yang berbeza padanya.

Ia turut dikatakan yang mana antaramuka yang digunakan pada peranti ini adalah berbeza dengan apa yang kita kenali sebelum ini. Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat awal pembangunan, dan pelbagai evolusi dan perubahan dijangka dalam bulan-bulan akan datang.

Memandangkan pada hari ini ramai yang menggunakan telefon pintar untuk melakukan pelbagai tugasan, semestinya Microsoft tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan, dan ingin cuba sedaya upaya dalam memenangi hati para pengguna ke platform mereka.

Ia tidak diketahui lagi bilakah versi baru Windows Mobile ini, termasuk dengan peranti baru akan diperkenalkan.


TIPS & ULASAN