Microsoft sedia menawarkan launcher mereka tersendiri untuk peranti Android, dinamakan Arrow Launcher. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat ingin turut menyertakan sebuah ciri baru pada penawaran mereka yang akan memudahkan pengguna untuk sync fail dan dokumen antara peranti Android dan juga Windows 10.
Untuk tujuan berkenaan, Microsoft dalam persiapan pembangunan sebuah ciri baru dinamakan Arrow Hub. Arrow Hub menggunakan sokongan OneDrive untuk memudahkan pengguna untuk sync fail, gambar dan dokumen antara peranti.
Microsoft turut menyediakan sebuah halaman web khusus untuk memudahkan proses muat-naik dan turun dokumen, sementara pada peranti Android yang menggunakan Arrow Launcher, pengguna boleh menambah sebuah widget Arrow Hub.
Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian beta, dan mungkin dilancarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.