Cari @ Amanz

Sebelum ini, Microsoft telah mempertontonkan peranti realiti-gabungan daripada Acer, dan kini pada acara Computex 2017, Microsoft mengambil peluang untuk mempertontonkan peranti Windows Mixed Reality daripada beberapa pengeluar lain, iaitu daripada Asus, Dell dan juga Lenovo.

Asus MR

Asus sendiri sedia mengumumkan komputer mesra realiti-maya, dan kini mereka turut akan hadir dengan set Windows Mixed Reality tersendiri dengan rekaan yang unik untuk mudah diselaraskan ketika memakainya. Ia juga turut dilengkapi dengan rkeaan yang ringan serta sensor gerakkan enam-darjah bagi memberikan pengalaman realiti-gabungan yang baik.

Dell MR

Dell pula hadir dengan set Windows Mixed Reality mereka yang berwarna putih. Dell mengatakan ia direkabentuk oleh pasukan disebalik XPS dan Alienware, dan dijangka dipasarkan sekitar penghujung tahun ini.

Lenovo MR

Pengeluar komputer dari China, iaitu Lenovo turut tidak ketinggalan dan turut telah mempertontonkan set realiti-maya mereka yang turut hadir dengan sensor terbina untuk memudahkan pemantauan gerakkan luar dan dalam, sekaligus memudahkan pengguna bergerak ketika memakainya.

Selain ketiga-tiga pengeluar ini, Microsoft menyasarkan lebih ramai pengeluar akan hadir dengan set realiti-gabungan masing-masing dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd