TweetDeck Kini Sertakan Fungsi Carian Sumber Gambar Untuk Membanteras Penularan Gambar Palsu

TweetDeck Kini Sertakan Fungsi Carian Sumber Gambar Untuk Membanteras Penularan Gambar Palsu

Diterbitkan pada June 1, 2017 oleh .

Di media sosial kerap kali kami melihat status tular yang menyampaikan berita palsu ataupun kurang tepat. Ketika hangat isu kekejaman ke atas bangsa Rohingya, gambar mayat dibakar sami Buddha disebarkan secara meluas. Gambar tersebut sebenarnya adalah gambar mangsa gempa di Nepal dan bukannya mayat umat Islam yang dibakar. Penyebaran imej seperti ini adalah berbahaya kepada keamanan negara.

Bagi memerangi penularan imej palsu di Twitter, Tweetdeck memperkenalkan fungsi baru mereka hari ini. Setiap gambar di Tweetdeck kini mempunyai ikon pada bucu atas sebelah kanan. Apabila ia ditekan, carian Google akan terus dilakukan bagi mencari sumber asal gambar tersebut. Dengan ini pengguna dapat memastikan gambar yang dilihat pada susur masa memaparkan berita sebenar.

Sebelum ini pengguna perlu klik kanan pada gambar sebelum memilih melakukan carian Google. Dengan fungsi baru ini, proses mengesahkan gambar yang dikongsi akan menjadi lebih mudah serta pantas.


TIPS & ULASAN