Carian
Google Malaysia Membuka Kembali Pertandingan “Doodle 4 Google” Sempena Hari Malaysia
June 1, 2017 Arib Ismail

Google Malaysia pada sebelum ini pernah menganjurkan pertandingan “Doodle 4 Google” pada tahun 2014, melalui penghasilan doodle bersempena Hari Malaysia. Pertandingan ini dilihat kembali untuk tahun 2017, dengan membuka peluang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam mempamerkan kreativiti mereka melalui doodle.

Pertandingan ini mempunyai empat kategori mengikut umur, iaitu 7-9, 10-12, 13-15, 16-17, dengan melakukan sebuah doodle dengan tema “Meraikan Kepelbagaian Malaysia”. Doodle yang dilakukan perlu mempunyai bentuk huruf logo Google, dan boleh dihasilkan melalui digital ataupun melalui media tradisional.

Pemenang pertandingan ini akan membolehkan doodle yang dihasilkan berada di halaman utama google.com.my pada 16 September ini bersempena dengan Hari Malaysia.

Pertandingan ini telah bermula hari ini dan pihak yang berminat untuk menyertainya, boleh menuju ke laman events.withgoogle.com/d4gmy untuk memuat-turun borang penyertaan dan melihat peraturan pertandingan. Kesemua doodle yang dihasilkan perlu dihantar selewat-lewatnya 31 Julai 2017.

Komen