Tetikus Logitech MX Master 2S Dan MX Anywhere 2S Kini Di Malaysia Dengan Kemampuan Mengawal Tiga Komputer Serentak

Tetikus Logitech MX Master 2S Dan MX Anywhere 2S Kini Di Malaysia Dengan Kemampuan Mengawal Tiga Komputer Serentak

Diterbitkan pada June 1, 2017 oleh .

Logitech melancarkan dua tetikus tanpa wayar baru untuk pasaran Malaysia iaitu Logitech MX Master 2S dan MX Anywhere 2S. Kedua-dua tetikus ini bukan sahaja boleh digunakan di atas pelbagai permukaan tetapi boleh digunakan untuk mengawal tiga komputer berbeza secara serentak. Ini dilakukan menerusi perisian baru Logitech Flow.

Melalui Flow, fail dari komputer A boleh disalin dan dipindahkan ke komputer B dengan hanya menggunakan satu tetikus. Menarik sekali ia membenarkan pemindahan di antara komputer yang menggunakan Windows dan Mac OS.

Logitech MX Master 2S dan MX Anywhere 2S ialah tetikus tanpa wayar yang mempunyai tahap keperincian sehingga 4000 DPI. Pengecasan menunggunkan kabel MikroUSB selama tiga minit cukup untuk penggunaan selama sehari. Pengecasan sehingga penuh menurut Logitech membolehkan ia digunakan sehingga 70 hari. Kedua-dua tetikus turut dilengkapi tujuh butang kawalan.

Harga jualan untuk Logitech MX Anywhere 2S ialah RM 399 manakala MX Master 2S pula diual pada harga RM 449.


TIPS & ULASAN