Carian
Lagi Gambar Dan Video Oppo R11 Tertiris – Memperlihatkan Dwi-Kamera Belakang
June 2, 2017 Aman

Oppo sejak daripada tahun lepas memfokuskan kepada pemasaran Oppo R9 yang mana menerima maklumbalas positif daripada pengguna seluruh dunia. Kini, pengeluar terkemuka dari China berkenaan turut sedang dalam persediaan untuk memperkenalkan telefon pintar baru dibawah keluarga siri-R.

Oppo R11

Seperti kebiasaan, Oppo melangkau penggunaan angka genap, dan akan menamakan telefon pintar akan datang mereka sebagai Oppo R11. Seperti pernah tertiris beberapa kali sebelum ini, Oppo R11 akan menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, selain mengekalkan rekaan ikonik mereka.

Dari segi spesifikasi, Oppo R11 akan menggunakan skrin 5.5-inci pada resolusi 1080p, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Peranti ini dijangka dilengkapi dwi-kamera 20megapixel pada bahagian belakang, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

Mengikut poster tertiris sebelum ini, Oppo dijangka memperkenalkan peranti terbaru ini seawal 10 Jun kelak.

Komen