Google Akan Menyertakan Ciri Penapis Iklan Di Chrome Pada 2018

Google Akan Menyertakan Ciri Penapis Iklan Di Chrome Pada 2018

Diterbitkan pada June 2, 2017 oleh .

Desas-desus sebelum ini sedia mengatakan Google akan menyertakan penghalang iklan, atau ad-blocker pada pelayar web Chrome mereka. Hari ini, perkara berkenaan disahkan, dan Google mengatakan akan menyertakan ciri berkenaan di Chrome pada 2018 kelak.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan implementasi pelbagai pihak, Google menawarkan ciri ini lebih sebagai “penapis” iklan berbanding kepada “penghalang”. Ini bermakna, bukannya semua iklan akan dihalang daripada dipaparkan pada web, sebaliknya iklan-iklan yang dianggap menganggu pengalaman pelayaran sahaja – termasuk iklan seperti iklan video yang memainkan lagu secara automatik, pop-up, dan sebagainya.

Langkah memilih jenis dan bentuk iklan menganggu ini dilakukan oleh badan yang dinamakan “Coalition for Better Ads” yang disertai oleh Google, Facebook, dan ramai lagi.

Seperti ramai sedia maklum, ramai pembangun dan penerbit di web bergantung kepada pendapatan melalui pengiklanan. Walaubagaimaapun, iklan yang melampau akan menganggu pengalaman pelayaran – termasuk menjadikan pemuatan sesuatu laman web mengambil masa yang lama berbanding kebiasaan.

Memandangkan pada hari ini kebanyakkan pengguna menggunakan pelayar web Chrome, maka ini memberikan kuasa kepada Google dalam usaha mengawal bagaimana web kelihatan – disamping pada masa yang sama mengurangkan iklan menganggu, dan memastikan punca pendapatan utama Google berkenaan tidak diganggu pihak lain.


TIPS & ULASAN