Cari @ Amanz

Perkataan ditunda amat tidak digemari peminat permainan video tetapi kami sedari semakin kerap berlaku. Terkini Warner Brothers Games mengumumkan permainan aksi Middle-Earth : Shadow of War akan ditunda pelancarannya ke 10 Oktober 2017.

Permainan sambungan kepada Shadow of Mordor ini sepatutnya menemui peminat pada 22 Ogos. Tarikh pelancaran ditunda bagi memastikan permainan yang dihasilkan akan menepati standard yang ditetapkan oleh peminat.

Syarikat permainan sekarang tidak lagi berani menjual permainan yang tidak lancar kepada pengguna. Di dalam kes Warner Brothers Games, mereka mengalami kerugian besar kerana Batman Arkham Knight versi PC mempunyai terlalu banyak pepijat sehingga penjualan terpaksa dihentikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd