Cari @ Amanz

Pelancaran iPhone 8 amat dinantikan kerana adalah peranti yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-10 pelancaran iPhone asal. Pelbagai spekulasi dan ura-ura mengenai rekaannya sudah tertiris sejak tahun lalu. Terkini saiz peranti ini tertiris ke arena web. Bagi memudahkan pengguna menggambarkannya, imej pengolokan di bawah dihasilkan oleh iDrop News.

Ia lebih besar berbanding iPhone 7 tetapi lebih kecil berbanding iPhone 7 Plus, Galaxy S8 dan Galaxy S8+. Saiznya adalah lebih kecil berbanding kesemua peranti di atas walaupun dilaporkan dilengkapi skrin 5.8″ OLED. Pada bahagian atas pula ia masih mempunyai kamera dan pembesar suara fizikal kerana rekaan semua-skrin seakan Essential Phone dan LG V30. Apakah pendapat anda sekiranya iPhone 8 benar-benar kelihatan seperti imej pengolokan di bawah?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd