Pemohon Visa Amerika Syarikat Kini Perlu Menyerahkan Maklumat Akaun Media Sosial

Pemohon Visa Amerika Syarikat Kini Perlu Menyerahkan Maklumat Akaun Media Sosial

Diterbitkan pada June 2, 2017 oleh .

Rakyat Malaysia memerlukan Visa sebelum mereka dibenarkan melawat Amerika Syarikat. Proses memohon visa sedia ada agak sukar dan memerlukan masa yang agak lama. Ia akan menjadi semakin sukar selepas garis panduan baru untuk kesemua pemohon visa dikeluarkan hari ini.

Pihak kedutaan Amerika Syarikat ini akan meminta maklumat kesemua akaun media sosial, nombor telefon, nombor passport dan alamat emel yang digunakan pemohon sejak lima tahun yang lalu. Sejarah perjalanan, pekerjaan dan alamat tempat tinggal mereka sejak lima belas tahun yang lalu juga akan diminta. Maklumat-maklumat ini diperlukan untuk mengesahkan identiti pemohon dan adalah langkah tapisan lebih ketat bagi memastikan keselamatan US kerana ancaman pengganas.

Ia mula berkuatkuasa secara global hari ini tetapi kami menyedari maklumat penjalan dan ahli keluarga telahpun diminta pihak kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia sejak sebulan yang lalu.


TIPS & ULASAN