Cari @ Amanz

Dua hari di bulan Jun dan akhirnya senarai permainan percuma untuk pelanggan PlayStation Plus di benua Asia diumumkan. Antara permainan menarik yang ditawarkan ialah Just Cause 3, The Walking Dead Season 1 dan Killing Floor 2. Kesemuanya boleh dikategorikan sebagai permainan yang berkualiti tinggi.

Senarai lengkap permainan yang ditawarkan ialah seperti di bawah. Kesemuanya boleh dimuat turun dari 8 Jun sehingga 5 Julai hadapan. Ini mungkin senarai permainan percuma paling menarik tahun ini.

  1. Just Cause 3 (PS4)
  2. Killing Floor 2 (PS4)
  3. The Walking Dead: The Complete First Season (PS4)
  4. Laser Disco Defenders (PS4, PS Vita)
  5. Back To Bed (PS4, PS3)
  6. Super Motherload (PS4, PS3)
  7. Final Horizon (PS4, PS Vita)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd