Waymo Turut Melihat Ke Arena Lori Autonomi

Waymo Turut Melihat Ke Arena Lori Autonomi

Diterbitkan pada June 3, 2017 oleh .

Sebelum ini, kita telah melihat Uber melihat ke arena teknologi lori yang dipandu secara automatik. Kini, selain daripada Uber, syarikat sebalik Google, iaitu Alphabet turut sedang melihat ke arena sama melalui Waymo.

Waymo merupakan anak syarikat Alphabet yang membangunkan kenderaan dipandu automatik. Mereka sedia memperlihatkan teknologi pemanduan automatik pada kereta, selain bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk komersialkan teknologi berkenaan.

Kini, selain hanya kereta, Waymo juga turut ingin melihat kepada menjadikan lori turut boleh dipandu secara automatik. Salah satu fokus utama dalam projek terbaru mereka ini adalah mengurangkan pelbagai kemalangan yang disebabkan oleh lori setiap tahun.

Buat masa ini, Waymo sekadar menguji teknologi ini dengan satu lori sahaja, dan masih pada peringkat pengumpulan data dan sebagainya. Tidak diketahui lagi berapa lama ia akan diambil untuk komersialkan perkara berkenaan.

Dalam arena sama, Uber dilihat telah mengujinya, malah melakukan penghantaran pertama menggunakan kenderaan yang dipandu automatik mereka ini. Uber sendiri telah mengambil-alih Otto dalam mengukuhkan teknologi disebalik lori autonomi ini.

Dengan perkembangan ini, tidak mustahil kita melihat lori dipandu automatik mula mendapat perhatian lebih ramai pihak dalam tahun-tahun akan datang.


TIPS & ULASAN