Essential Turut Sedang Melihat Kepada Idea Kaca Mata Pintar

Essential Turut Sedang Melihat Kepada Idea Kaca Mata Pintar

Diterbitkan pada June 3, 2017 oleh .

Essential telah mencuri perhatian ramai pada minggu ini dengan memperkenalkan sebuah telefon pintar dengan rekaan yang sedikit menarik, selain penawaran peranti pintar yang beroperasi sebagai hab di ruang-tamu. Selain daripada itu, kini, sebuah paten diterima oleh mereka, memperlihatkan kepada idea sebuah kaca mata pintar seumpama Google Glass.

Essential Kaca Mata Pintar

Essential merupakan syarikat yang dimulakan oleh pengasas Android, Andy Rubin yang sebelum ini turut bekerja di Google. Jadi, tidak mustahil untuk beliau turut melihat kepada arena sama – apatah lagi dengan populariti arena Augmented Reality yang menjadi fokus ramai. Apple turut dikatakan sedang mempersiapkan kaca mata pintar mereka tersendiri untuk arena AR.

Seperti biasa, pihak Essential sekadar menerima paten sahaja buat masa ini, dan tidak semestinya mereka hadir dengan produk akhir seumpamanya. Tetapi, dengan pelbagai pihak melihat kepada arena sama, tidak mustahil untuk kita melihat Essential turut hadir dengan kaca mata pintar pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN