Apple Dijangka Mengumumkan Sokongan Siri Untuk Lebih Banyak Jenis Aplikasi Pada WWDC

Apple Dijangka Mengumumkan Sokongan Siri Untuk Lebih Banyak Jenis Aplikasi Pada WWDC

Diterbitkan pada June 4, 2017 oleh .

Pada iOS 10 yang diperkenalkan tahun 2016 lepas, Apple telah memperkenalkan sokongan Siri untuk beberapa jenis aplikasi, terutamanya dibawah kategori tempahan pemanduan, permesejan, carian gambar, pembayaran, panggilan VoIP dan juga kecergasan. Melaluinya, pengguna boleh memberikan arahan suara untuk sesuatu perkara – seperti meminta Uber membuat tempahan pemanduan ke destinasi, dan Siri akan menguruskannya.

Kini, dengan acara WWDC yang akan berlangsung minggu hadapan, Apple dijangka akan mengumumkan perluasan sokongan Siri untuk aplikasi pihak ketiga, meliputi lebih banyak kategori aplikasi yang lain.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan lebih banyak mereka menggunakan arahan suara melalui pembantu maya digital berkenaan.

Langkah ini juga sangat penting untuk Apple, memandangkan mereka dijangka memperkenalkan sebuah speaker yang dikuasakan Siri untuk mencabar Amazon Echo dan juga Google Home pada acara yang sama.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lanjut mengenai Siri dan ciri-ciri barunya pada awal pagi Selasa akan datang ini.


TIPS & ULASAN