Google Photos Akan Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Cadangkan Gambar Yang Boleh Diarkibkan

Google Photos Akan Menggunakan Pembelajaran Mesin Untuk Cadangkan Gambar Yang Boleh Diarkibkan

Diterbitkan pada June 4, 2017 oleh .

Google Photos sebelum ini telah memperkenalkan sokongan mengarkib gambar. Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih sebarang gambar, dan memilih untuk mengarkibnya. Gambar tersebut seterusnya akan disembunyikan daripada paparan halaman utama, tetapi boleh diakses pengguna seperti biasa melalui album gambar, carian, ataupun melalui tab khusus yang dilabelkan “Arkib”.

Google Photos Cadangan

Kini, Google memperluaskan ciri berkenaan, dan menggunakan kelebihan pembelajaran mesin untuk mencadangkan gambar-gambar yang boleh diarkibkan oleh anda.

Cadangan ini akan dipaparkan oleh Google Photos pada tab Assistant, sekaligus menjadikan paparan halaman utama Google Photos anda lebih baik dengan hanya memaparkan gambar-gambar yang penting sahaja – sementara menyembunyikan yang kurang penting melalui pengarkiban.

Kemaskini baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan mungkin diterima oleh anda dalam beberapa hari akan datang.


TIPS & ULASAN