Cari @ Amanz

Minggu lalu secara rasminya OnePlus 3T dihentikan pengeluarannya bagi memberi laluan kepada penghasilan OnePlus 5. Ia ditamatkan tidak sampai setahun selepas mula dijual secara umum. Minggu ini sebuah lagi produk akan menerima nasib yang sama dalam bentuk sokongan kemaskini.

OnePlus 2, peranti yang hadir pada tahun 2015 tidak akan lagi menerima sebarang kemaskini perisian dari pihak OnePlus. Suruh pengesahan rasmi diterima oleh seorang pengguna XDA yang ingin mengetahui status kemaskini Nougat untuk OPS2 milik beliau. Ini bermakna OP2 akan kekal menggunakan Android Marshmallow kecuali pemilik berpindah ke ROM buatan sendiri seperti Lienage OS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd