Carian
Huawei MediaPad M3 Lite 8 Pula Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 435
June 4, 2017 Effi Saharudin

Hanya beberapa hari sahaja yang lalu Huawei MediaPad M3 Lite 10 dilancarkan. Ia sebuah tablet dengan spesfikasi permulaan. Hari ini Huawei MediaPad M3 Lite 8 pula dilancarkan dengan spesifikasi setanding tetapi skrin yang lebih kecil.

MediaPad M3 Lite 8 dilengkapi skrin 8″ 1200×1920 pixel, pemproses Snapdragon 435, memori 3/4 GB RAM dan storan 32/64 GB. Kamera utama dan selfie kedua-duanya sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 4800 mAh menjadi sumber kuasa. Tidak seperti MediaPad M3 Lite 10, tablet ini hanya dilengkapi dua pembesar suara stereo Harman Kardon.

Komen