iFlix Mengembangkan Operasi Ke Lima Negara Afrika

iFlix Mengembangkan Operasi Ke Lima Negara Afrika

Diterbitkan pada June 4, 2017 oleh .

Perkhidmatan penstriman video iFlix mengembangkan lagi sayap operasi mereka. Terkini iFlix kini memulakan operasi di lima negara di benua Afrika iaitu Nigeria, Ghana Kenya, Tanzania dan Zimbabwe.

iFlix Samsung Smart TV

Perkhidmatan dijangka bermula pada suku kedua atau ketiga 2017 bergantung kepada negara-negara di atas. Selain penawaran siri TV serta Filem Hollywood, iFlix Afrika akan menawarkan juga filem terhangat Bollywood dan Nollywood. Apabila beroperasi sepenuhnya kelak, iFlix akan ditawarkan di 23 negara di seluruh dunia dengan 5 Juta pelanggan.


TIPS & ULASAN