Stan – Sistem Meletak Kereta Robotik Di Lapangan Terbang Charles De Gaulle

Stan – Sistem Meletak Kereta Robotik Di Lapangan Terbang Charles De Gaulle

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

Manusia semakin bergantung kepada robot untuk kehidupan seharian. Fiksyen sains dekad 60-an kini semakin hampir menjadi realiti dengan robot menggantikan manusia di sektor perkilangan dan kereta yang memandu secara automatik. Di Perancis, wujud sistem robot yang meletakkan kenderaan penumpang di Lapangan Terbang Charles De Gaulle.

Stan yang dibangunkan oleh Stanley Robotics ialah robot yang menjaga 400 tempat letak kereta di lapangan terbang ini. Pengguna hanya perlu menempah tempat letak kereta menggunakan aplikasi telefon pintar. Di lapangan terbang mereka hanya perlu meninggalkan kenderaan di kawasan khas. Stan kemudian akan memindahkan kenderaan ke kawasan letak kereta.

Sistem ini cukup pintar dan mengetahui tarikh penumpang akan pulang semula berdasarkan maklumat tiket penerbangan mereka. Dengan adanya Stan penumpang tidak perlu risau tiada tempat meletak kenderaan sehingga ketinggalan pesawat. Stan bukan sistem pertama sepertinya di dunia. Sebelum ini Ray digunakan di Lapang Terbang Dusseldoff Jerman.


TIPS & ULASAN