Ubisoft Bakal Memperkenalkan IP Permainan Baru Pada E3 2017

Ubisoft Bakal Memperkenalkan IP Permainan Baru Pada E3 2017

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

Ubisoft baru-baru ini telah mengumumkan perubahan logo mereka kepada jenis yang lebih minimalis. Selain daripada perubahan logo, kini Ubisoft turut menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuk E3 2017 yang akan berlangsung pertengahan bulan Jun 2017 ini, yang bakal menyaksikan pengenalan sejumlah permainan baru.

Beberapa permainan sedia diperkatakan sebelum ini, termasuk Far Cry 5, selain permainan baru Assassin’s Creed dan juga The Crew. Kini, selain daripada itu, Ubisoft juga turut mempunyai sebuah IP baru yang bakal diperkenalkan oleh mereka pada acara E3 berkenaan.

Apakah permainan baru yang akan diperkenalkan itu masih menjadi tanda tanya. Tetapi, ia hanya dijangka akan dilancarkan sekitar 2018 atau 2019 kelak, dan hanya dipertontonkan secara kasar pada E3 bulan ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak Ubisoft pada E3 2017 ini.


TIPS & ULASAN