PayPal Membolehkan Anda Daftar PayPalME Dan Menerima Duit Dengan Mudah

PayPal Membolehkan Anda Daftar PayPalME Dan Menerima Duit Dengan Mudah

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

Pada 2015 yang lepas, PayPal telah memperkenalkan PayPal.ME yang memudahkan pengguna menerima wang menggunakan URL khusus dengan mudah. Ketika pengenalan, ia hanya terhad untuk pengguna di negara barat sahaja, dan kini ia nampaknya telah berubah.

Semakan kami hari ini mendapati perkhidmatan PayPal.ME ini telah pun dibuka kepada pengguna tempatan, sekaligus membolehkan anda mendaftar dan menerima wang daripada rakan-rakan dan sebagainya dengan mudah.

PayPalME

Sebaik sahaja ke laman PayPal.ME, anda akan diberikan pilihan nama pengguna, yang akan menjadi URL khusus untuk anda menerima wang. Sebagai contoh, paypal.me/amanfirdaus adalah pautan utama yang membolehkan sesiapa menghantar wang kepada saya, sementara anda boleh memohon angka spesifik seperti paypal.me/amanfirdaus/25 untuk menerima $25 daripada penghantar.

Bagi anda yang aktif menggunakan PayPal, mungkin boleh dapatkan pautan khusus anda hari ini, sebelum nama pengguna anda didaftar pengguna lain. Kaedah ini juga sangat berguna kepada anda yang bekerja bebas, atau mempunyai perniagaan atas-talian dan ingin menerima wang dengan mudah.

Layari : PayPal.ME


TIPS & ULASAN