Apple bakal mengadakan acara WWDC pada awal pagi Selasa ini, dimana dijangka berkongsi sejumlah perkara baru, termasuk berkaitan dengan iOS 11. Kini, beberapa jam sebelum acara berkenaan, ia hadir tertiris ke arena web, memperlihatkan Apple mungkin akan hadir dengan sebuah aplikasi baru dinamakan “Files”.
Tiada info penuh mengenai aplikasi ini buat masa ini. Tetapi, secara kasar, ia dilihat mungkin berfungsi sebagai sebuah pengurus fail.
https://twitter.com/stroughtonsmith/status/871602652320280576
Sekiranya benar, maka ia mungkin memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai fail dan dokumen daripada iCloud Drive dan juga peranti berkenaan sendiri dengan mudah melalui sebuah aplikasi yang sama. Seperti biasa, ramai pengguna iOS yang sedia memohon untuk ciri ini, dan semestinya perubahan ini akan diminati ramai.
Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai aplikasi Files ini, dan lihat sendiri apakah ciri yang bakal dibawakan olehnya kelak.