Cari @ Amanz

Perdana Menteri kita telah menyambut ulang-tahun ke-20 Cyberjaya baru-baru ini, dan selari dengannya beberapa inisiatif telah diumumkan, termasuk menawarkan sambungan jalur-lebar berkelajuan tinggi di Cyberjaya.

Kini, lanjutan daripadanya, pembangun Cyberjaya, Setia Haruman kini mengumumkan penawaran rangkaian internet berkelajuan mencapai 1Gbps di Cyberjaya untuk digunakan oleh pengguna di rumah atau di kalangan pengguna perusahaan.

Memandangkan ia merupakan pelan jalur-lebar tetap, maka pengguna boleh mengakses data tanpa had, selain turut menikmati kelajuan simetrikal yang sama untuk muat-naik dan muat-turun.

Penduduk di Cyberjaya kini boleh mula mendaftar untuk mendapatkan rangkaian internet berkelajuan tinggi ini daripada Setia Haruman. Rangkaian 1Gbps ini ditawarkan untuk pengguna rumah pada harga RM399 sebulan, sementara RM3499 untuk pengguna perusahaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menyemak laman Setia Haruman Technology, dan membuat pendaftaran menggunakan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd