Cari @ Amanz

Penggunaan penyesuai kini semakin menjadi normal pada komputer riba baru. Penggunaan hanya USB-C menyebabkan pemilik tidak mempunyai pilihan lain terpaksa membeli penyesuai bagi mendapatkan I/O yang diperlukan. Xiaomi menyedari penyesuai dijual pada harga yang mahal dan melancarkan penyesuai USB-C To Mini Display Port Multi-Function Adapter mereka.

Penyesuai ini mempunyai dua port USB-A, satu Mini Display dan satu USB-C. Ia menyokong output video sehingga 4K 60Hz. Ia hanya setebal 12 mm bagi memudahkannya dibawa. USB-C To Mini Display Port Multi-Function Adapter ini dijual pada harga hanya RMB 149 (~RM 93).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd