Sony Melancarkan Toio : Kit Untuk Melatih Jurutera Robotik Masa Hadapan

Sony Melancarkan Toio : Kit Untuk Melatih Jurutera Robotik Masa Hadapan

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

Pekerjaan yang wujud sekarang mungkin akan pupus di masa hadapan kerana diambil alih oleh robot. Oleh itu di masa hadapan kepakaran dalam koding dan menghasilkan robot adakah perlu bagi membuka peluang kerjaya lebih cerah. Toio ialah robot permainan yang dihasilkan oleh Sony. Ia mungkin kelihatan seperti permainan tetapi sebenarnya boleh digunakan untuk melatih jurutera robotik masa hadapan.

Dua robot beroda berbentuk empat segi boleh dikawal oleh pemain menggunakan alat kawalan berbentuk gelung. Kedua-dua robot ini juga boleh berhubung antara satu sama lain untuk berfungsi secara seiring. Dengan aksesori berbentuk kertas, Toio boleh berubah menjadi beberapa mesin yang mampu melakukan beberapa tugasan mudah. Permainan robotik ini dijual pada bulan Disember pada harga ¥33,415 (~RM 1287).


TIPS & ULASAN