Sony Telah Menjual Lebih 1 Juta Unit PlayStation VR Sehingga Kini

Sony Telah Menjual Lebih 1 Juta Unit PlayStation VR Sehingga Kini

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

PlayStation VR merupakan set realiti-maya daripada Sony yang telah ditawarkan sejak daripada tahun lepas di beberapa negara terpilih – termasuk Malaysia. Sejak pengenalannya, set permainan yang dipakai di kepala, dan dikawal melalui alat kawalan khusus ditangan berkenaan telah menerima reaksi positif para pemain – apatah lagi dengan penawaran permainan menarik untuknya.

Terkini, Sony berkongsi mengatakan lebih 1 juta unit PlayStation VR telah terjual di seluruh dunia setakat ini. Angka ini mungkin tidak begitu tinggi dalam arena peranti – tetapi untuk peranti realiti-maya, ia mendahului pelbagai pesaing lain, termasuk HTC Vive dan juga Oculus Rift.

Sony sendiri menyasarkan lebih banyak unit dijual pada tahun ini, apatah lagi dengan penawaran PlayStation VR dengan lebih meluas pada tahun ini, dan tidak hanya terhad seperti sebelumnya. Disamping itu, lebih banyak permainan baru dengan mod realiti-maya dijangka hadir yang bakal menyumbang kepada peningkatan jualan PlayStation VR kelak.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba PlayStation VR?


TIPS & ULASAN