FIFA 18 Akan Hadir Pada 29 September 2017 – Cristiano Ronaldo Dipilih Sebagai Ikon Utama

FIFA 18 Akan Hadir Pada 29 September 2017 – Cristiano Ronaldo Dipilih Sebagai Ikon Utama

Diterbitkan pada June 5, 2017 oleh .

Electronic Arts, atau lebih dikenali dengan nama EA, hari ini telah pun menerbitkan trailer pengenalan untuk permainan akan datang mereka, FIFA 18. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan salah satu permainan simulasi sukan bola sepak yang diminati ramai – malah turut digunakan dalam arena e-sukan.

FIFA 18 ini menggunakan enjin Frostbite, dan seperti biasa, menawarkan pelbagai watak dalamnya yang hampir menyerupai pemain dan pasukan sebenar.

Untuk FIFA 18 juga, EA dilihat memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain fokus utama, termasuk akan menggunakan beliau dalam pelbagai promosi. Melengkapkannya juga adalah edisi khusus dinamakan FIFA 18 Ronaldo Edition dan Icon Edition yang hadir dengan beberapa sokongan tambahan seperti akses 3 hari awal, dan lain-lain kandungan tambahan.

FIFA 18 akan hadir pada 29 September 2017 ini untuk konsol-konsol utama.


TIPS & ULASAN