Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC yang memfokuskan kepada para pembangun, sekaligus berkongsi sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada platform dan produk mereka. Acara ini dimulakan dengan pengumuman berkaitan platform jam tangan pintar Apple, iaitu Apple Watch OS.

Versi terbaru akan datang adalah watchOS 4.0, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru. Menjadi fokus utama padanya adalah sokongan beberapa muka jam baru.

Apple WatchOS 4.0

Apple WatchOS 4.0

Yang pertama sekali adalah dimana Apple kini akan menawarkan muka jam berasaskan Siri. Ini bermakna, pengguna boleh melihat pelbagai informasi berkaitan dengan mereka pada sesuatu masa dan berasaskan lokasi – terus pada muka jam utama di Apple Watch. Ini secara tidak langsung menjadikan pengguna lebih produktif berbanding dengan kebiasaan, dan tidak terlepas sebarang perkara penting.

Apple WatchOS 4.0

Apple WatchOS 4.0

Selain itu, Apple turut membawa beberapa watak baru dari Toy Story sebagai muka jam, selain corak baru rawak yang boleh berubah dari hari ke hari.

Apple watchOS 4.0 juga membawakan rekaan dok (paparan multitasking) yang dikemaskini dalam usaha memudahkan pengguna mengakses sesuatu aplikasi dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Apple juga turut memberikan fokus pada integrasi muzik pada watchOS 4.0, termasuk kemudahan mengawal lagu ketika sedang melakukan aktiviti bersenam.

Kemaskini watchOS 4.0 ini bakal diperkenalkan kepada pengguna semua Apple Watch seluruh dunia dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd