Apple macOS Baru Dikenali Dengan Nama “High Sierra” – Hadir Dengan Sistem Fail Baru

Apple macOS Baru Dikenali Dengan Nama “High Sierra” – Hadir Dengan Sistem Fail Baru

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Apple hari ini turut telah mengambil peluang memperkenalkan sistem operasi versi terbaru mereka yang akan dilancarkan kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi, dinamakan sebagai macOS High Sierra.

macOS High Sierra

Ini adalah kemaskini kepada macOS Sierra sebelum ini, dan seperti kebiasaan, akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna macOS Sierra sedia ada. Salah satu perubahan besar baru yang hadir pada macOS adalah format sistem fail baru yang dinamakan APFS – iaitu Apple File System.

macOS High Sierra

macOS High Sierra

Dengan kemaskini sistem operasi, ia turut menawarkan pembaharuan pada sejumlah aplikasi Mac, termasuk Safari, Mail, selain sokongan untuk realiti-maya dan sebagainya. Untuk mereka dalam industri kreatif, Apple turut mempertingkatkan kualiti pemprosesan grafik, dan turut memperkenalkan Metal 2.

Bagi para pembangun, anda boleh memuat-turun macOS High Sierra Developer Preview bermula hari ini.


TIPS & ULASAN