Cari @ Amanz

Apple sedia mempunyai penawaran tablet dibawah nama iPad Pro, dan untuk tahun 2017 ini, Apple menambah satu lagi tablet baru dibawah keluarga iPad Pro, iaitu bersaiz 10.5-inci – selain turut mengemaskini penawaran iPad Pro 12.9-inci.

Kedua-dua iPad Pro ini menggunakan cip pemprosesan A10X yang menawarkan kuasa pemprosesan dan grafik yang tinggi. Menariknya, kini tablet menyasarkan pengguna professional ini turut hadir dengan kadar segar semula 120Hz, sekaligus menjadikan paparan padanya lebih menarik berbanding kebiasaan.

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Apple iPad Pro

Untuk rakaman gambar pula, iPad Pro menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 7-megapixel. Melengkapkan tablet ini adalah bateri dengan kemampuan bateri bertahan selama 10 jam. Tablet ini juga turut menyertakan sokongan input melalui Apple Pencil.

Seperti kebiasaan, iPad Pro hadir dalam variasi storan berbeza, dan menawarkan pilihan selular atau hanya WiFi sahaja.

Di Malaysia, iPad Pro 10.5-inci ditawarkan pada harga bermula RM2999 untuk versi 64GB, RM3449 untuk versi 256GB, dan RM4349 untuk versi 512GB. Penggunaan selular turut menambah kepada penambahan harga, dimana versi 32GB hadir pada harga RM3649 dengan penambahan selular, versi 256GB pada harga RM4099, dan model 512GB pada harga RM4999.

Untuk iPad Pro 12.9-inci pula, versi WiFi bermula RM3499 untuk 64GB, RM3949 untuk 256GB, dan RM4849 untuk 512GB. Versi selular pula hadir pada harga RM4149 untuk 64GB, RM4599 untuk model 256GB dan RM5499 untuk model 512GB.

Tarikh jualan di Malaysia masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd