Apple Memperkenalkan Speaker Pintar Dengan Integrasi Siri – Apple HomePod

Apple Memperkenalkan Speaker Pintar Dengan Integrasi Siri – Apple HomePod

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Lanjutan pelbagai desas-desus, pada pentas utama WWDC, Apple kini telah pun memperkenalkan secara rasmi speaker pintar mereka yang hadir dengan integrasi kecerdasan buatan Siri, dinamakan sebagai Apple HomePod. Speaker pintar ini akan ditawarkan bermula Disember ini dibeberapa buah negara, iaitu bermula dari Amerika Syarikat, UK dan Australia.

Apple HomePod ini hadir dengan ketinggian sekitar 7-inci, dilengkapi cip Apple A8 – dan menariknya turut dilengkapi teknologi pengecaman persekitaran bilik dalam membolehkan ia menawarkan pengalaman audio yang sangat baik berbanding pelbagai pesaing yang lain.

Apple Homepod

Apple HomePod ini boleh memainkan pelbagai lagu daripada Apple Music, selain turut membantu pengguna melalui integrasi kecerdasan Siri. Untuk tujuan interaksi dengan Siri, Apple menyertakan sebanyak 6 mikrofon padanya. Apple mengatakan ia turut boleh memberikan maklumbalas, walaupun sedang memainkan lagu dengan kuat melaluinya.

Memandangkan Apple sedia menyokong Siri dalam bahasa Malaysia, maka semestinya ia akan menjadi salah satu peranti rebutan dikalangan pengguna tempatan kelak. Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi bilakah speaker pintar ini akan memasuki pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN