Cari @ Amanz

Bersama-sama kemaskini untuk iMac, pihak Apple juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kemaskini untuk penawaran komputer riba mereka, iaitu MacBook dan juga MacBook Pro.

MacBook

MacBook merupakan model komputer riba bersaiz 12-inci daripada Apple, dimana ia menawarkan rekaan yang nipis, serta penawaran penggunaan bateri sepanjang hari. Kini, MacBook hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake sehingga Core i7 1.3Ghz, dan pada masa yang sama menawarkan storan SSD lebih 50% pantas berbanding sebelumnya. Apple turut mengatakan kini ia menyokong memori sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Di Malaysia, MacBook boleh didapati dalam dua variasi, iaitu model 256GB pada harga RM5499, dan model 512GB pada harga RM6699.

Selain MacBook, Apple juga turut mengemaskini MacBook Pro 13-inci dan juga 15-inci, dimana kedua-duanya juga kini turut hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake terkini. Model 15-inci juga kini hadir dengan penawaran grafik yang lebih baik melalui penggunaan kad grafik Radeon Pro padanya.

MacBook Pro versi 130inci ditawarkan pada harga bermula RM5999, sementara model 15-inci dengan Radeon Pro 555 dan 256GB storan pada harga RM10799, dan menggunakan Radeon Pro 560 dan storan 512GB pada harga RM12,499.

Akhir sekali, Apple turut tidak melupakan MacBook Air, dan telah mengemaskini model 13-inci berkenaan dengan cip 1.8Ghz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd