Carian
Apple Menambah Sokongan AR Pada iOS 11
June 6, 2017 Aman

Apple hari ini telah memperlihatkan secara kasar sistem operasi iOS 11 terbaru mereka, yang mana merupakan sistem operasi yang bakal menjana iPhone generasi baru, dan juga iPhone yang kini terdapat dipasaran. Melalui pengenalan iOS 11, Apple turut mengambil peluang untuk memperlihatkan ciri augmented reality (AR) terbaru padanya.

Apple ARKit

Apple sendiri mengumumkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan ARKit yang membantu para pembangun dalam mengintegrasikan teknologi augmented reality ini pada aplikasi yang dibangunkan mereka. Di atas pentas, eksekutif Apple, Craig Federighi menggunakan kamera pada iPhone untuk mempertontonkan kandungan berbentuk 3D secara maya.

Daripada demo ringkat yang dipertontonkan, objek maya hadir seumpama benar-benar diletakkan di atas sesuatu objek fizikal seperti meja – dan bukannya sekadar tindihan seperti beberapa penggunaan AR pada masa kini. Ia juga dioptimasikan berdasarkan sesuatu ruangan, selain membolehkan kandungan turut berinteraksi menggunakan ruangan yang tersedia.

Apple ARKit

Apple ARKit

ARKit telah mula ditawarkan untuk para pembangun, dan mungkin kita akan melihat demonstrasi menyeluruh melalui iPhone generasi baru akan datang kelak oleh Apple.

Komen