Cari @ Amanz

Seperti tertiris semalam, Apple telah pun mengumumkan aplikasi Files secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna untuk menguruskan pelbagai dokumen dan fail mereka dengan mudah dan pada lokasi setempat.

Apple Files

Melalui Files ini, pengguna boleh mengakses pelbagai dokumen mereka di awan dengan mudah – bukan sahaja pada iCloud, tetapi juga daripada Box, Dropbox, Google Drive dan juga OneDrive. Pengguna juga turut boleh mengakses dokumen dan fail pada peranti mereka menggunakan aplikasi sama.

Secara kasar, ia menawarkan antaramuka yang kemas, dan mesra sentuhan. Dan apa yang penting adalah kemudahan untuk mengakses pelbagai fail daripada sebarang perkhidmatan awan melaluinya.

Files ini akan ditawarkan bersama-sama iOS11 yang dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi untuk pelbagai peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd