Cari @ Amanz

Fungsi Android O telah diperlihatkan oleh Google di Google I/O yang baru sahaja berakhir beberapa minggu yang lalu. Ujian Beta juga sudah bermula pada peranti-peranti yang disokong. Sungguhpun begitu peratusan peranti yang menggunakan Nougat masih lagi di tahan yang rendah. Angka terkini dikongsi oleh Google hari ini dan Nougat kini digunakan oleh 9.5% peranti.

Sistem operasi dengan peratusan terbesar ialah Marshmallow (31.2%) diikuti oleh Lollipop (30.8%) dan KitKat (18.1%). Peratusan penggunaan Nougat yang masih di bawah dua angka selepas hampir setahun diperkenalkan ini adalah berbahaya.

Seperti kami laporkan minggu lalu, hanya 42 peranti Android didapati menerima kemaskini keselamatan yang terkini bagi mengelakkan masalah sekuriti. Oleh itu kami tidak sabar menanti Google mengaktifkan Project Treble.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd