Prototaip Kereta Terbang Toyota Diperlihatkan Untuk Kegunaan Acara Pembukaan Olimpik 2020

Prototaip Kereta Terbang Toyota Diperlihatkan Untuk Kegunaan Acara Pembukaan Olimpik 2020

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Toyota telah menunjukkan minat untuk menghasilkan kereta terbang mereka sejak 2014. Ini adalah bagi membuka lebaran baru dunia pengangkutan bagi mengurangkan kesesakan di jalan raya. Pada Mei lalu mereka melakukan pelaburan 40 juta Yen pada Cartivator untuk menjadikannya realiti.

Semalam video prototaip pertama kenderaan terbang ini diperlihatkan kepada umum. Sistem quadrotor digunakan pada prototaip awal ini. Pihak Toyota berharap kenderaan sebenar akan dapat dihasilkan sebelum acara pembukaan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Obor Olimpik akan dibawa di dalam kenderaan mereka sebelum terbang untuk menyalakan obor utama di stadium. Dari video di atas jelas terdapat banyak lagi usaha perlu dilakukan dalam masa tiga tahun.


TIPS & ULASAN