Perkhidmatan penstriman permainan video Twitch Prime mula ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia hari ini. Menerusi perkhidmatan ini, penonton Twitch dapat menonton strim tanpa sebarang iklan, menerima permainan percuma bulanan serta hadiah eksklusif dari Twitch.
Untuk enam bulan pertama ia boleh dilanggan pada harga $2.99 sebulan dan selepas itu pada harga $5.99 sebulan. Langganan ini turut memberikan akses kepada perkhidmatan penstriman video Amazon Prime Video. Pelanggan Prime Video sedia ada turut akan mendapat akses kepada Twitch Prime secara automatik.
Sempena pelancarannya secara global ini, pelanggan Twitch Prime akan menerima pek skin PlayerUnknown’s Battleground bertemakan Twitch Prime.