(Ura-Ura) Intel Bakal Hadir Dengan CPU 6-Teras Coffee Lake Pada Bulan September Kelak

(Ura-Ura) Intel Bakal Hadir Dengan CPU 6-Teras Coffee Lake Pada Bulan September Kelak

Diterbitkan pada June 6, 2017 oleh .

Nampaknya Intel sudahpun merasa bahang persaingan daripada pihak AMD. Setelah CPU-CPU AMD Ryzen menampakkan ulasan-ulasan yang positif, ditambah dengan pelancaran AMD Threadripper, Team Blue nampaknya sedang bergegas untuk mengekang kehilangan nombor pasaran kepada Team Green.

Platform CPU baru ini, yang dinamakan Coffee Lake, dikatakan akan direka menggunakan proses 14nm yang ditambahbaikkan, dan akan menggunakan platform baru yang kemungkinan besar akan diberikan nama Z370. B350, H350 dan sebagainya.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai siri CPU baru ini, tetapi ia mungkin akan hadir dengan jumlah TDP setinggi 95W untuk CPU siri K yang boleh di-overclock, dan 65W untuk siri CPU yang tidak boleh di-overclock.

Menurut carta yang tertiris, nampaknya Intel akan hadir dengan siri CPU Coffee Lake dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa terlebih dahulu, dan hanya akan melancarkan siri CPU dengan empat teras dan lapan bebenang kuasa pada suku pertama 2018 kelak.


TIPS & ULASAN